I can now proudly announce that, THE EVENT IS OVER!! MUAHAHAHAHA...
Lately I have been very stressed up, because of this. Haha.. and now that it is over, it is such a relief to me. Hahaha..
And to make myself prouder, I turned out the champion for the competition. Hahaha... Bangga ( proud ) la.. hahahahhaa... It's good thing to be proud about anyways.. Heh.. and Congrats to Jonathan as the first runner-up and Hui Hsing as the 2nd-runner up! (^^) It's a great experience. (^^)
Here is the trophy.. ^^So, my script is as below la... haha.. if ya know Malaysian Language, do enjoy it.. Hohoho...
‘Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sosial Sains, Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, para hakim yang adil lagi bijaksana dan rakan-rakan yang saya hormati. Pada petang ini, tajuk pidato saya ialah ‘Rasuah dalam kalangan Kakitangan Awam’.
Sebelum saya mendalami topik ini, izinkan saya menjelaskan beberapa istilah perkataan yang penting. Yang pertama, rasuah. Rasuah, dalam Kamus Dewan Edisi Baru, didefinisikan sebagai permberian yang menumbuk rusuk. Yang kedua ialah kakitangan awam yang boleh kita fahamkan sebagai pekerja yang bekerja dalam jabatan-jabatan kerajaan dan berkhidmat untuk orang awam. Dewasa ini, gejala rasuah bagaikan penyakit barah yang kian menular dan membimbangkan pelbagai pihak. Dari semasa ke semasa, kita mendengar tentang kes-kes makan suap yang melibatkan kakitangan-kakitangan awam di
Salah satu faktor dominan ialah kehilangan nilai diri dan pegangan agama yang kuat. Akibat dorongan nafsu serakah yang inginkan kekayaan dan kemewahan, individu-individu ini tidak dapat mengawal diri menerima wang sogokan yang kelihatan begitu lumayan. Faktor ini didorong lagi dengan kelemahan dari segi kepimpinan dan organisasi sesebuah jabatan yang membawa kepada kelemahan dari segi penyeliaan kakitangan-kakitangannya. Kelemahan ini umpama mewujudkan celah pada dinding untuk ular yang bisa. Kelemahan ini memberi ruang dan peluang untuk individu-individu menjangkiti penyakit sosial ini.
Setahu saya, setiap perbuatan ada kesannya yang tersendiri, dan rasuah membawa padah kepada seseorang individu dan juga sesebuah negara. Negara diibaratkan sebagai organisma, kakitangan-kakitangannya umpama sel-sel badan. Apabila seseorang individu melibatkan diri dengan rasuah, mereka hanya dilihat sebagai orang yang membawa keburukan dan kemusnahan seperti sel-sel badan yang dijngkiti barah. Mereka kehilangan maruah diri dan juga rasa hormat orang ramai terhadap mereka. Individu-individu ini sudah tentunya bekerja dengan jabatan-jabatan tertentu yang saya samakan dengan organ-organ dalam sebuah organisma. Jikalau setiap sel dalam organ tersebut dijangkiti dengan penyakit, organ itu tidak akan berfungsi dan mekanisma seluruh organisma akan lumpuh. Dengan illustrasi ini, kita boleh lihat dengan jelas bahawa jika gejala rasuah terus berleluasa, pentadbiran seluruh negara akan lumpuh, ekonomi dan politik negara menjadi kacau-bilau, dan rakyat jelata akan sengsara. Adakah ini masa depan
Hadirin sekalian,
Saya pasti bahawa masa depan sebegini bukanlah yang diidam-idamkan. Oleh itu, kita mesti mencari strategi-strategi untuk mengatasi masalah ini. Badan-badan kerajaan seperti Badan Pencegah Rasuah perlu menggiatkan lagi peranan mereka dalam usaha membanteras gejala rasuah ini. Pelan Integriti Nasional yang diwujudkan pada 23 April 2004 oleh Yang Amat Berbahagia Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk membentuk sebuah masyarakat yang berintegriti harus dilaksanakan dan bukan kekal sebagai perkataan-perkataan cantik di atas kertas sahaja. Sungguhpun kerajaan mempunyai peranan mereka, namun semua warga juga mempunyai tanggungjawab dalam usaha menentang penyakit sosial ini. Selaku insan yang berintegriti, kita juga harus mempunyai nilai diri dan pegangan agama yang kuat, mengelakkan diri daripada memberi wang sogokan sebagai jalan pintas untuk mendapat sesuatu faedah. Jika kita tidak memberi, maka rasuah tidak akan berlaku.
Hadirin sekalian,
Bak kata pepatah ‘ hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih’. Selagi kita mempunyai niat untuk melakukan sesuatu, biarpun betapa mustahilnya, kita tetap berusaha untuk mencapainya. Maka, mari kita berganding bahu untuk menjadikan
Sekian terima kasih.
3 comments:
Nice blog. Thats all.
NICE SCRIPT ! ! OMG, I'm taking BM and my essays are like crap !... My friend recently went for pidato LHDN. She was champion but got knock out at the kebangsaan
clap-clap clap-clap. Congrats .........
Post a Comment